sukan

Fikir dulu sebelum hukum Selangor

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu berhati-hati membuat sebarang keputusan terhadap hukuman yang bakal dikenakan ke atas Selangor berikutan menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), malam esok.

Ibarat pepatah melayu; menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak, pemerhati sukan negara, Sadek Mustafa, turut berkongsi pandangan mengenai kewajaran Red Giants tidak hadir ke perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu.

“Kalau saya sebagai tuan rumah dan penyiar rasmi yang telah mengeluarkan belanja dan buat persediaan, dekat sini Jawatankuasa Pertandingan MFL (perlu) memainkan peranan.

“Jadi apa yang MFL nak (tindakan)? Keputusan ini sukar (untuk dibuat). Ini satu krisis pengurusan.”Memang MFL boleh ikut undang-undang pertandingan. Jangan ikut FIFA sebab pertandingan ini dalam Malaysia, Liga Super Malaysia.

sumber:- SA

“Jadi bagaimana MFL dapat meredakan keadaan ini agar mereka boleh memperlihatkan kematangan yang luar biasa.”MFL harus melihat dalam skop yang pelbagai supaya tidak mencetuskan kontroversi yang berterusan (Selangor menarik diri),” katanya.