Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar akui Red Giants akan akur apa jua keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung permohonan penangguhan aksi Piala Sumbangsih, Jumaat ini.
Selangor FC yang muncul naib juara Liga Super musim lalu dijadual menentang juara liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M), musim ini.
Jelas Shahril, pihaknya akan menerima apa juga keputusan daripada MFL termasuk permohonan ditolak, sekali gus sedia untuk beraksi.”Seperti yang kita buat kenyataan semalam, Selangor FC sudah buat permohonan rasmi kepada pihak FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL untuk kalau boleh perlawanan sumbangsih ini ditukar hari.
“Saya faham pihak FAM dan MFL pun agak sukar nak buat keputusan, tetapi harapan kami di Selangor FC sekiranya boleh dapat ditukar.”Tapi kami menerima apa apa jua jawapan dan keputusan daripada pihak MFL dan FAM,” katanya.
Petang ini, MFL membuat keputusan menolak permohonan Selangor FC selepas mengadakan mesyuarat dan perbincangan.
Menurut badan pengelola itu, keputusan meneruskan perlawanan sumbangsih dibuat selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pihak polis yang akan meningkatkan tahap keselamatan pada hari perlawanan.
Dianggarkan seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.
Semalam, Selangor FC menghantar permohonan menangguhkan aksi merebut Piala Sumbangsih selepas bintang Red Giants, Faisal Halim diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid ke badannya pada petang Ahad lalu.
sumber:- HM
Ekoran kejadian itu, rata-rata pemain Selangor FC bimbang dengan tahap keselamatan menjelang aksi pembuka tirai Liga M itu.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More