sukan

TERKINI : Faisal Halim pindah Hospital , mungkin perlu dibedah secepat mungkin

Pemain Selangor FC, Faisal Halim yang menjadi mangsa disimbah asid semalam, difahamkan sudah dipindahkan ke hospital sekitar kawasan Shah Alam.Pada awalnya, Faisal menerima rawatan di salah sebuah hospital di Damansara bagi merawat kecederaan dialaminya sebelum dia dipindahkan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui media malam tadi memaklumkan, pihaknya akan bekerjasama dengan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar untuk memastikan Faisal berada dalam keadaan sihat dan menerima rawatan terbaik agar tiada kecederaan serius menimpa dirinya.

“Setelah berbincang tadi dengan (Datuk Seri) Shahril, kita berharap rawatan secepat mungkin diambil (jika perlu pembedahan).”Pembedahan secepat mungkin perlu diambil Faisal dan kita akan memastikan doktor terbaik merawat Faisal,” katanya selepas melawat Faisal Halim di sebuah hospital di sekitar kawasan Damansara.

Dalam kejadian petang semalam, Faisal menjadi mangsa disimbah asid oleh individu tidak dikenali selepas bermain go-kart di sebuah pusat beli-belah terkenal.

sumber:- HM

Khamis lalu, seorang lagi rakan sepasukan Harimau Malaya, Akhyar Rashid dipukul dan disamun sehingga menerima jahitan di kepala serta kaki selain mengalami kerugian RM4,800 apabila telefon bimbit dan dompet dilarikan.