sukan

‘Kereta saya sebelah kereta Faisal Halim’

Wanita mendakwa keretanya turut terkena simbahan asid yang disasarkan kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini, semalam.

Wanita itu menerusi ciapan di laman sosial X memberitahu meletakkan keretanya bersebelahan kenderaan milik bintang Selangor FC terbabit.

Bagaimanapun, katanya, dia bersama keluarga tidak cedera kerana ketika kejadian tidak berada di lokasi dan hanya mengetahui kejadian itu selepas beberapa minit kemudian.

“Kereta saya merupakan kereta yang terletak bersebelahan kereta Faisal Halim. Kami tiba di parking lot (parkir) beberapa minit selepas kejadian berlaku.

“Mungkin Allah ingin menyelamatkan kami sebab saya bawa dua anak kecil ketika itu,” ciapnya.Ditanya pemilik akaun X lain mengenai bagaimana kejadian yang menimpa Faisal, wanita itu berkata, ia berlaku ketika lelaki itu keluar dari kenderaannya.

Dia berkata, asid disimbah turut terkena pada bahagian depan kereta yang menyebabkan cat pada kenderaannya itu tertanggal.

“Memang kopek terus cat. Tapi takut sebab kitaorang lambat sikit je kalau time (masa) kena simbah kitaorang dekat situ nak masuk kereta memang kena sekali kitaorang, dengan anak-anak kecil lagi,” katanya.

Katanya, dia akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Harian Metro terdahulu melaporkan, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden simbah asid terhadap Faisal, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, suspek adalah lelaki berusia 20-an dan akan direman hari ini.

Selain itu, beliau berkata, polis juga sudah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa dan akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan.

sumber:- HM

Semalam, Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago