sukan

Bola sepak bukan tempat untuk bergaduh – ASFC

Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC) minta pihak berkuasa mengambil terhadap mana-mana individu tidak bertanggungjawab yang menjadikan media sosial sebagai platform untuk mencetuskan provokasi hingga berlaku pergaduhan antara penyokong.

Presiden ASFC, Faizal Wahid, berkata pihaknya mengutuk apa juga tindakan tidak matang hingga merosakan imej bola sepak sebagai platform penyatuan dikalangan rakyat Malaysia.

“ASFC mengutuk sekeras-kerasnya gangsterism an pentaksub kerana bola sepak adalah sukan perpaduan dan hiburan. Hooligan dan jenayah bola sepak perlu dibanteras.

“Admin dan ‘page’ yang menghasut serta melakukan provokasi mana-mana pasukan hingga membawa perpecahan, pergaduhan penyokong perlu ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Ini adalah insiden serangan kedua dialami pemain Harimau Malaya selepas Akhyar Rashid disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota pada satu lagi kejadian di Terengganu.

Ketika ini Faisal sedang dirawat di sebuah hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

sumber:- KOSMO

Bagaimanapun pemain yang mesra dipanggil Mickey itu mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian badannya.Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) minta seluruh penyokong bola sepak tanah air dan rakyat Malaysia mendoakan semoga Akhyar dan Faisal cepat sembuh dan kembali dapat beraksi.