sukan

ASEAN keluar kenyataan babitkan insiden Faisal Halim dan Akhyar

Media-media ASEAN ketika ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap dua pemain kebangsaam, Faisal Halim dan Akhyar Rashid.

Semalam, bintang Selangor, Faisal Halim, cedera di sebahagian besar badannya selepas disimbah asid dua individu yang tidak dikenali di Damansara.

Akhyar sebelum itu turut menjadi mangsa samun dan pukul sehingga menerima jahitan di kepala dan kakinya.

Berita berkenaan turut menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh rantau ini, bahkan kedua-dua pemain berkenaan turut menerima sokongan moral daripada media-media serantau.

ASEAN FOOTBALL dalam satu hantarannya berkata: “Malaysia dikejutkan dengan pemain bintang Selangor, Faisal Halim, cedera di muka dan badan dan dipercayai disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

sumber:- SA

“Pemain Sayap Terengganu, Akhyar Rashid, juga cedera di kepala dipercayai dipukul dan disamun.
“Kami mengutuk segala kekasaran terhadap pemain dan jurulatih, sama ada di dalam atau di luar padang. Kami berdiri bersama anda dan harap anda akan segera sembuh.”