sukan

Piala Thomas: Taiwan kejutkan juara edisi 2016 untuk ke Semi Final

TAIWAN mengesahkan slot separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas mengejutkan juara edisi 2016, Denmark 3-1 dalam aksi suku akhir di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech, Chengdu, pada Jumaat.

Pemain perseorangan pertama Taiwan, Chou Tien Chen memulakan kempen mata naib juara Kumpulan B apabila menewaskan Viktor Axelsen, 21-19, 14-21, 21-19, dalam aksi 68 minit.

Beregu pertama Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin melebarkan kutipan mata pasukannya selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 21-14, 21-15 dalam masa 37 minit.

Denmark yang berstatus juara Kumpulan D kembali bangkit apabila Anders Antonsen menewaskan Lin Chun-Yi, 14-21, 21-10, 21-14 dalam masa 72 minit.

sumber:0 SH

Bagaimanapun beregu kedua Taiwan, Lee Jhe-Huei – Yang Po-Hsuan menoktahkan kebangkitan Denmark apabila menewaskan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 23-21, 21-18 dalam masa 41 minit.