sukan

Aksi TFC pincang tanpa Akhyar berdepan KDN FC

Ketiadaan pemain sayap lincah, Akhyar Rashid nyata menjejaskan persembahan Terengganu FC (TFC) apabila seri 0-0 ketika berdepan pasukan jiran, Kelantan Darul Naim (KDN FC), sebentar tadi.

Pada aksi pramusim dan ujian video bantuan pengadil (VAR) yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner dan KDN FC gagal menemui sasaran.

Terdahulu Akhyar terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki akibat menjadi mangsa samun berdekatan kondominium didiaminya dekat sini, malam tadi.

Berikutan kejadian itu, tonggak Harimau Malaya itu menerima empat jahitan di kepala dan dua di bahagian kaki selain mengalami kerugian lebih RM4,800.

Pada perlawanan persahabatan terakhir bagi kedua-dua pasukan itu, tiada pemain yang menjadi ‘mangsa’ VAR yang dikendalikan pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir.

Aksi kedua-dua pasukan lebih banyak bertahan dengan hanya beberapa kali melakukan percubaan tepat.

Peluang terbaik TFC menerusi percubaan leret Ismaheel Akinade seawal minit ke-10, bagaimanapun pelawat bangkit menyaksikan tandukan Michael Jerabek yang terkena tiang pada minit ke-14.

sumber:- HM

Skuad Penyu terus memiliki peluang keemasan, namun percubaan menerusi pemain tengah, Manuel Ott pada minit ke-18 dan ke-19 ‘dihalang’ tiang.