sukan

Jawapan Nishimoto kehilangan Naraoka

Perseorangan lelaki Jepun, Kenta Nishimoto, enggan mengulas mengenai ketiadaan Kodai Naraoka ketika negara itu tewas 1-3 kepada Malaysia dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Chengdu, China malam tadi.

Berdasarkan kedudukan ranking, Naraoka, yang menduduki tangga kelima dunia, sepatutnya diturunkan sebagai perseorangan pertama menentang Lee Zii Jia tetapi pasukan itu memilih untuk menyenaraikan Nishimoto dalam aksi pembukaan berkenaan.

sumber:- SA

Bagaimanapun, keputusan itu jelas mengundang padah apabila Nishimoto tewas mudah 13-21, 3-21 kepada Zii Jia.Ditanya oleh wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, mengenai ketiadaan Naraoka, Nishimoto berkata: “Sila tanya jurulatih saya. Saya tidak tahu. Maafkan saya.”