sukan

Piala Thomas : Keputusan aksi Aaron-Wooi Yik berdepan Jepun

Kedudukan antara Malaysia dan Jepun dalam aksi suku akhir Piala Thomas terikat 1-1 apabila beregu pertama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China, sebentar tadi.

Kemarau kemenangan Aaron-Wooi Yik dengan beregu pertama Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi terus berlanjutan kepada tujuh perlawanan berturut-turut selepas mereka tumpas 21-18, 14-21, 19-21.

Kali terakhir mereka mencatat kemenangan ke atas pasangan keenam dunia itu ialah dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Sudirman 2021 dan selepas itu kalah enam kali berturut-turut.

sumber:- HM

Tekanan sekarang ini sudah pasti akan dirasai perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao yang akan turun menentang Koki Watanabe.Malaysia sebelum itu membuka langkah dengan positif apabila Lee Zii Jia mudah mengalahkan Kenta Nishimoto 21-13, 21-3.