sukan

Piala Thomas : Jun Hao lakar kejutan ‘smash’ bintang Jepun

Pemain perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao, kembali meletakkan Malaysia di hadapan selepas mudah menewaskan wakil perseorangan dari Jepun, Koki Watanabe, sebentar tadi.

Kemenangan 21-13, 21-10 dalam tempoh yang singkat itu, sudah berjaya memastikan Malaysia berjaya mendahului saingan dengan kelebihan 2-1 ke atas Jepun.

sumber:- SA

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan wakil beregu kedua negara Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, akan turun berdepan Akira Koga-Taichi Saito, sebentar lagi.