sukan

Komen Lee Zii Jia selepas gagal bantu Malaysia muncul Juara

Perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, menyedari bahawa banyak penambahbaikan yang perlu diperbaiki selepas tidak kesampaian menyumbangkan mata pertama dalam penutup Kumpulan D Piala Thomas apabila tewas kepada pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, malam tadi.

Pemain berusia 26 tahun menganggap lawannya itu bukan mudah untuk dijinakkan walaupun pernah menewaskan pemain itu dalam Kejohanan Seluruh England pada 2021.

sumber:- SA

“Mungkin jangkaan terlau tinggi dan banyak penambahbaikan yang saya perlu perbaiki.”Bukan mudah berdepan Viktor Axelsen jadi saya perlu berusaha dengan lebih keras lagi.” katanya kepada Nadi Arena.