sukan

Komen Faisal Halim mengenai Hamidin

Barisan pemain kebangsaan tidak mengambil kisah terhadap ‘ribut’ yang melanda membabitkan pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.

Malah, barisan pemain kebangsaan tidak termakan dengan segala tuduhan atau tohmahan yang dilemparkan terhadap pengurusan tertinggi badan induk bola sepak negara itu.

Tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim melihat kepimpinan FAM yang diterajui Datuk Hamidin Mohd Amin tidak berhadapan sebarang masalah selain turut menjalankan tugas dengan baik sejak memimpin FAM.

Kata, ketika ini barisan pemain skuad kebangsaan lebih mementingkan untuk meningkatkan prestasi masing-masing terutamanya selepas tewas pada dua perlawanan menentang Oman dalam saingan kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,Mac lalu.

“Pada saya, tak boleh nak cakap apa-apa kerana itu hal pihak atasan. Sebagai pemain, bila diberikan peluang untuk bermain, kita main saja.

“Apa yang saya nak cakap, jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon cukup terbaik.

“Malah, Datuk Hamidin juga sedang menjalankan tugas dengan baik. Sekarang ini, bila kalah, semua benda tidak kena.

“Sebagai pemain, benda ini (isu babitkan FAM) bukan isu kerana kita hanya bermain saja untuk negara,” katanya, ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama koleksi peribadinya, di sini, sebentar tadi.

Sebelum itu, media melaporkan bahawa sudah tiba masa buat FAM melakukan peralihan pucuk pimpinan dalam usaha menggerakkan sukan nombor satu negara itu ke tahap yang lebih pesat pada masa akan datang.

sumber:- HM

Pandangan itu diluahkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga bekas Timbalan Presiden FAM, sambil menegaskan kepimpinan sedia ada sudah melakukan kerja dengan baik sepanjang memegang jawatan dalam badan induk itu.