sukan

Indonesia belum puas hati punca kekalahan

Kekalahan skuad Indonesia 2-0 kepada Uzbekistan dalam saingan separuh akhir Piala Asia B- 23 terus menjadi perbualan hangat media di negara itu yang menganggap Video Bantuan Pengadil (VAR) punca mereka tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Dalam perlawanan itu menyaksikan Rizky Ridho dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Shen Yinhao, selepas menerjah peha pemain lawan sehingga menyebabkan pengadil mengambil keputusan untuk melihat VAR dalam membuat keputusan layangan kad merah yang penuh kontrovesi.

“Mungkin tanpa VAR dan teknologi garisan gol, Uzbekistan tidak mungkin memenangi perlawanan itu.” tulis portal Pojoksatu.

Lainnya adalah melibatkan Witan Sulaeman ditendang oleh pemain Uzbekistan hingga diberikan sepakan penalti tetapi selepas menulusuri VAR pengadil dari China itu menarik balik keputusan tersebut.

sumber:- SA

Indonesia masih berpeluang untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 sekiranya berjaya melakar kemenangan berdepan Iraq dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Asia B-23 Qatar, Khamis ini.