sukan

TERKINI: Keputusan penuh aksi penentuan Juara Malaysia vs Denmark

Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.Kedua-dua pasukan yang sudah menjamin tiket ke pusingan kalah mati di Chengdu, China, itu bagaimanapun saling memberi tentangan bagi memastikan setiap mata cukup berharga.

Apa pun, jaguh dari Eropah itu terlebih dahulu membuka langkah positif menerusi kemenangan Viktor Axelsen ke atas Lee Zii Jia dalam pertarungan straight set 21-16, 24-22.

Kehampaan itu kemudian ditebus beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang terpaksa bangkit menerusi aksi tiga set untuk kemenangan 17-21, 21-17, 21-16.

Begitupun, Denmark yang diumumkan sebagai penganjur edisi 2026 kembali mendahului 2-1 dengan kehandalan Anders Antonsen yang mudah mengatasi Leong Jun Hao 21-14, 21-10.

Malaysia kembali menyalakan harapan untuk mendominasi peringkat kumpulan selepas Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengerahkan keringat untuk menundukkan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 23-21, 22-20 dalam tempoh 50 minit.

Di kedudukan 2-2, tumpuan beralih kepada pemain muda negara, Justin Hoh, yang menggalas tanggungjawab mencapai mata kemenangan.
Jelas Rasmus Gemke menepati ramalan untuk menguasai pertemuan dua darjat itu — jurang 200 anak tangga di ranking dunia — dengan menguasai set pertama 21-13.

sumber:- SA

Justin yang bagaikan mendapat semangat baru untuk menawan set kedua 21-19 tapi momentum itu gagal diteruskan dalam set penentuan 13-21.