sukan

“Saya akui masih tumpul “

Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad menjelaskan ketumpulan jentera serangan antara faktor skuad itu gagal menyekat Terengganu FC (TFC) apabila tewas 0-1 pada aksi pramusim menjelang musim baharu Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, semalam.

Namun, bekas legenda bola sepak Singapura itu berkata, kekalahan skuad Tok Gajah menerusi penalti dan ia tidak boleh dielakkan ketika beberapa peluang turut dimiliki untuk membolosi gawang pelawat.

“Saya akui penyerang kita masih tumpul dan perlu mempertingkatkan prestasi mereka apabila bermula Liga Super berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada 11 Mei depan.

“Tetapi bantuan jentera tengah juga perlu seiring untuk mengatasi masalah ketumpulan bahagian serangan itu, termasuk beberapa perlawanan sebelum ini.

“Saya harap mereka (penyerang) akan berlatih lebih keras lagi untuk memastikan jentera serangan pada musim baharu ini lebih mantap dan bertenaga,” katanya.

Pada masa sama, Fandi berkata, jentera pertahanan juga perlu lebih fokus dan tidak melakukan kesilapan hingga memberi ruang kepada lawan melakukan jaringan.

sumber:- HM

Katanya, kerjasama dan persefahaman antara mereka juga dilihat semakin menunjukkan peningkatan jika bersandarkan kepada gabungan pemain lama dan baharu.