sukan

Bukan hanya ketika berdepan JDT

Pemain sayap Selangor, Alvin Fortes, memberi jaminan dia akan snetiasa berusaha untuk mempamerkan aksi terbaik buat The Red Giants sepanjang saingan liga musim 2024/2025 yang akan bermula pada Mei depan.

Tonggak berusia 29 tahun itu menganggap kerjasama baik yang diberikan semua pihak dalam pasukan membuatkan dirinya berasa lebih selesa sejak menyertai skuad kendalian Nidzam Jamil itu sejak Februari lalu.

Fortes turut menegaskan fokusnya bukanlah sekadar untuk berdepan kelab gergasi seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) sahaja tetapi untuk konsisten menghadapi cabaran semua pesaing dalam liga.

“Untuk Selangor saya tidak hanya melihat perlawanan menentang JDT sahaja tetapi semua perlawanan sangat penting buat kami pada musim ini.
“Saya rasa dengan adanya jurulatih Nidzam, pemain yang berkualiti kami mempunyai peluang untuk pergi lebih jauh.

sumber:- SA

“Setiap hari saya belajar daripada pasukan dan bersedia untuk menghadapi setiap perlawanan yang akan datang.” katanya.