sukan

Piala Uber: Keputusan aksi Malaysia berdepan Taiwan

MALAYSIA memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini pada Ahad.

Pemain profesional perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei telah melakukan yang terdaya, sebelum tewas kepada Tai Tzu Yin dalam dua set, pada kejohanan yang berlangung di Pusat Sukan High-Tech Zone Chengdu, di sini.

Bekas juara dunia remaja dua kali itu, berjaya mendahului seketika pada kedua-dua set, namun Tzu Ying akhirnya menang tipis 21-19, 22-20, untuk memberikan Taiwan mata pertama mereka.

Jin Wei mengakui kekuatan mental beliau tidak cukup kuat untuk kekal mendahului pada kedua-dua perlawanan, ketika berhadapan pemain nombor lima dunia itu yang tidak pernah beliau kalahkan selepas pertemuan empat kali.

“Saya rasa kelebihan pemain 10 terbaik dunia ialah mereka mempunyai kekutan mental ketika mata penting dan mampu untuk mengubah strategi. Saya percaya saya perlu kuatkan lagi mental saya dan perlu lebih berani lagi,” katanya kepada media selepas perlawanan.

Pada perlawanan kedua, pasangan bidang terjun yang diketuai kapten pasukan Teoh Mei Xing dan pasangannya Go Pei Kee, memberikan sedikit harapan apabila mereka memberikan mata tunggal Malaysia dengan mengejutkan pasangan ke-24 dunia Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching.

Mei Xing-Pei Kee yang tidak pernah bermain bersama sejak lebih dari setahun itu, mempamerkan permainan yang bertenaga untuk menewaskan Ya Ching-Wan Ching, 21-19, 21-17.

Mei Xing yang gembira kerana dapat memberikan mata untuk Malaysia, mengakui mereka tidak merasakan sebarang tekanan selepas kekalahan Jin Wei, dan terus mengikuti rancangan yang akhirnya menjadi dan membolehkan mereka menyamakan kedudukan 1-1.

Bagaimanapun Taiwan berjaya mendahului semula selepas pemain ke-27 dunia Wen Chi Hsu yang tewas set pertama kepada K. Letshanaa, berjaya menguasai dua lagi set pada perlawanan yang berlangsung sehingga 57 minit.

sumber:_ SH

Letshanaa yang berkedudukan ke-68 dunia itu, bermula cemerlang dengan menang set pertama 21-13, sebelum tewas dua set seterusnya kepada pemain berusia 26 tahun itu, 17-21, 16-21. – Bernama