sukan

JDT mengamuk , menang dengan sangat besar

‘Ubi muda’ Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi sinar baharu kepada bola sepak Malaysia apabila mereka menunjukkan prestasi cemerlang selepas berpesta jaringan ke atas FFF Academy Bawah 15 tahun (B-15) 21-0 dalam saingan Liga Remaja Singapura hari ini.

Ia bukan sesuatu yang baharu bagi pasukan JDT apabila sebelum ini juga mereka dianggap terlalu kuat kepada pasukan lawan selepas mencatat kemenangan besar 24-0 ke atas Woodland FC dan 19-0 ke atas Tasek Sailors East.

Untuk rekod, selepas sembilan perlawanan, pasukan muda JDT sudah menjaringkan 92 jaringan dan hanya bolos empat gol sahaja.

Berbaki satu lagi perlawanan menentang East Coast United FA pada 4 Mei depan, wakil dari Malaysia itu hanya perlu keputusan seri untuk muncul selaku pasukan nombor satu di dalam Kumpulan B itu.

Kejayaan pemain muda JDT seakan-akan memberi harapan baharu kepada masa hadapan bola sepak negara untuk menjadikan bola sepak Malaysia lebih kuat di rantau ini.

sumber:- HM

Malah pendedahan mereka bermain di Liga Remaja Singapura itu juga dilihat sesuatu yang amat positif untuk pemain mendapatkan pengalaman lebih banyak apabila berpeluang bersaing dengan kelab dari negara lain.