sukan

“Saya tahu ramai orang tidak suka pada saya” — Mukhairi

Ketua pasukan Harimau Muda, Muhammad Mukhairi Ajmal Bin Mahadi, berasa kecewa dengan aksinya sendiri dalam setiap perlawanan saingan Piala Asia B-23 selepas tewas berdepan Kuwait dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Al-Janoub, awal pagi tadi.

Dia beranggapan faktor saingan liga yang masih belum bermula juga menjadikan aspek kecergasan pasukan ketika ini tidak berada dalam keadaan yang memuaskan untuk bersaing dalam kempen bola sepak yang komnpetitif itu.

Begitupun, pemain tengah Selangor itu mengambil tanggungjawab penuh di atas kekalahan pasukannya justeru tidak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya.

“Saya memang kecewa dengan diri saya sendiri kerana ini adalah kempen kedua saya dalam Piala Asia dan terakhir buat saya, ia buat hari yang terbaik buat saya.

“Saya tahu ramai orang tidak suka pada saya, saya harap perkara ini dapat menjadi pengajaran dan untuk memperbaiki diri saya. Saya rasa saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawan.

sumber:- SA

“Saingan liga masih belum bermula lagi maka kita tiada kecergasan yang cukup. Memandangkan saya pemain lama maka mereka mengharapkan pada saya jadi sebagai ketua pasukan saya mengambil tanggungjawab ini.” katanya.