sukan

Sabah FC menang besar

Sabah FC memulakan aksi pemanas badan menjelang Liga Super bulan depan dengan kemenangan besar 10-2 ke atas Keningau FA di padang Kompleks Sukan Keningau, di sini, malam tadi.

Perlawanan yang disaksikan ribuan penonton dari sekitar daerah ini, Tenom, Nabawan dan Tambunan itu adalah aksi pertama Sabah dalam siri jelajah bertemu peminat dan bermain bersama pasukan tempatan.

Walaupun sudah dijangka kemenangan bakal memihak mereka, skuad Sang Badak tetap berdepan tentangan sengit pemain tempatan, malah dikejutkan dengan gol awal pemain Keningau.

Tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Jufrey Omopor yang juga bekas pemain Sabah untuk mendahului 1-0.

Bagaimanapun, Keningau hanya mampu mendahului selama 10 minit, sebelum pelawat dihadiahkan sepakan penalti untuk gol penyamaan pada minit ke-17 yang disempurnakan Azhad Harraz.

Bermula dari situ, Sabah tidak menoleh ke belakang dan menambah gol menerusi Harith Naem (m-21), Azhad (m-25), Telmo Castanheira (m-43), Jafri Firdaus Chew (m-54), Ramon Machado (m-67 dan 79), Darren Lok (m-77 dan 83) dan Saddil Ramdani (m-91).

sumber:- BH

Tuan rumah hanya mampu menambah satu gol menerusi Oliver Jhony (m-40).