sukan

Piala Asia B-23: Garrido mohon maaf cipta ‘hatrik’

Hatrik kekalahan jelas menimbulkan persoalan tentang kredibiliti skuad B-23 kebangsaan dalam melayari kempen Piala Asia kali ini.

Dengan hatrik tiga kekalahan berturut-turut, pengendali B-23 Kebangsaan, Juan Torres Garrido, mengakui kegagalan dirinya mempersembah aksi terbaik untuk setidak-tidaknya mara ke pusingan suku akhir.

Atas faktor tersebut juga, jurulatih berasal dari Sepanyol itu turut menzahirkan kemaafan kepada penyokong dan berazam akan pantas beraksi pada tahap terbaik.

sumber:_ SA

“Kami ingin memohon maaf kepada penyokong kerana kami masih tidak capai tahap sebenar yang kami mahukan,” jelas Torres Garrido.