sukan

JDT sah umum secara rasmi

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjalin kerjasama dengan Nike selepas melancar jersi baharu bagi saingan Liga Super 2024-25 dan Liga Juara-Juara Asia Elit di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Menurut kenyataan laman rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, jersi baharu musim ini menampilkan dua rekaan yang tampak lebih eksklusif berwarna biru dan merah sebagai identiti negeri Johor untuk beraksi di gelanggang keramat mereka.

Manakala jersi ketika beraksi di gelanggang lawan berwarna putih.

“Jersi tuan rumah bagi musim kali ini terus mengekalkan warna tradisi bendera Johor iaitu merah dan biru. Ia tampil dengan warna biru sebagai warna utama, diselangi jalur berwarna merah di bahagian hadapan dan belakang, serta kolar bulat dan terdapat jalur merah di bahagian hujung lengan.

“Bagi jersi gelanggang lawan, JDT kekal dengan warna putih sebagai warna utama di samping terdapat jalur merah di bahagian lengan dan juga leher jersi.

“Harga bagi kedua-dua jersi ini dijual pada harga RM299 sehelai dan lebih menarik jersi khas untuk penyokong golongan wanita turut dijual dengan harga yang sama. Atas permintaan ramai, Nike menambah saiz jersi sehingga saiz 3XL,” menurut kenyataan berkenaan.

sumber:- BH

Tambahan ciri unik yang membezakan dengan jersi terdahulu adalah nama Harimau Selatan di bahagian dalam belakang jersi itu manakala jersi baharu musim ini juga mengekalkan teknologi tinggi iaitu ‘Nike Dri-Fit.’