sukan

Komen Brendan Gan selepas jadi mangsa pertama VAR di bumi Malaysia

Pemain tengah Kuala Lumpur City, Brendan Gan, tiada rungutan meskipun menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah menerusi tenologi video bantuan pengadil (VAR) dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 menentang Negeri Sembilan di Cheras malam tadi.

Brendan mengakui insiden itu merupakan satu proses menyesuaikan diri dengan norma baru Liga Malaysia memandangkan VAR akan digunakan sepenuhnya dalam saingan musim 2024-25 bermula bulan depan.

“Saya rasa ia sentiasa ada kelebihan dan kekurangan,” katanya. Ia merupakan debat yang sudah lama diperkatakan mengenai VAR.
“Tetapi saya yakin pengadil di Malaysia akan menjadi lebih efisyen untuk menggunakan VAR dan mengurangkan masa untuk melakukan semakan.

“Kerana saya fikir ada sedikit ketidaklancaran apabila ia terlalu lama, di mana anda akan kehilangan fokus dan memberikan lawan ruang untuk mengambil nafas ketika anda sedang melakukan ancaman.

“Saya rasa ada momen yang boleh ditambah baik tetapi sekali lagi, kita sedang berada dalam tempoh pramusim dan pasukan kami juga sedang memperbaiki beberapa perkara, begitu juga mereka,” katanya.

sumber:- SA

Kuala Lumpur City dinobatkan juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 hasil jaringan Zhafri Yahya dan ketua pasukan, Paulo Josue..