sukan

Sah dilantik sebagai pengendali baharu

Negeri Sembilan FC (NSFC) akhirnya menamatkan spekulasi apabila mengumumkan secara rasmi bekas pembimbing Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, Azzmi Ab Aziz sebagai pengendali kelab itu bagi menghadapi kancah saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.

Jurucakap NSFC memaklumkan, Azzmi yang berasal dari Ampang, Selangor menggantikan pengendali sebelum ini, K Devan yang tamat kontrak.

Menurutnya, Azzmi pernah menjadi jurulatih interim Kedah Darul Aman (KDA) FC sebelum melatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan pada 2020-2022.

Pengendali berusia 49 tahun itu kemudiannya membimbing pasukan Liga Super PDRM FC pada musim 2023.”Kali ini, Azzmi hadir kembali ke Paroi untuk membimbing skuad Liga Super Negeri Sembilan FC dan beliau telah memulakan tugas dari 15 Februari yang lalu.

“Dengan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak tempatan, pelantikan beliau dianggap sebagai pilihan yang tepat.”Beliau terbukti sebagai seorang jurulatih yang berwibawa dan diyakini mampu membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi,” kata jurucakap berkenaan.

Difahamkan kelewatan NSFC membuat pengumuman rasmi adalah kerana masalah teknikal berkaitan lesen kejurulatihan.

Sementara itu, Azzmi berkata ini adalah musim keempat beliau berkhidmat bersama Negeri Sembilan.

Menurutnya, pemilihan pemain Negeri Sembilan sudah dibuat lebih awal dengan mengekalkan sebahagian pemain musim lalu dan membawa masuk beberapa pemain termasuk bekas pemain PDRM.

“Beberapa pemain lama seperti Nasrullah Hanif, Barathkumar, Afiq Fitri dan Amirul Hakimi pernah bersama saya sebelum ini.

sumber:- BH

“Adalah sangat penting untuk saya bekerja dengan pemain yang saya kenal. Dengan sokongan semua pihak, Insya-Allah kita dapat persembahkan bola sepak yang lebih baik dan mendapat keputusan yang lebih positif,” kata Azzmi.