sukan

Piala Asia: Indonesia cipta sejarah dengan penuh bergaya

Indonesia mencipta sejarah apabila memenangi tiket ke suku akhir Piala Asia B-23 di Qatar berbekalkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Jordan di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha, sebentar tadi.

Sepakan penalti Marselino Ferdinand pada minit ke-22 sebelum menggandakan kedudukan menerusi penyudah cantik Witan Sulaeman untuk menutup separuh masa pertama dengan 2-0.

Ferdinand terus mengucar-ngacirkan pertahanan Jordan dan menyusuli prestasinya dengan ketajaman pada minit ke-70 dengan mengukuhkan kedudukan 3-0.

Belum sempat digugat oleh gol sendiri daripada Justin Hubner pada minit ke-79, Garuda Muda pantas kembali dengan gol keempat yang ditanduk Komang Teguh yang menerima lontaran jauh daripada Pratama Arhan, secara tidak langsung meletakkan Indonesia sebagai naib juara Kumpulan A di belakang Qatar.

sumber:- SA

Mereka dijangka akan menghadapi cabaran daripada sama ada Korea Selatan atau Jepun di peringkat kalah mati, Jumaat ini.