sukan

Piala Asia B-23: Info siaran langsung Malaysia vs Kuwait

Selepas tewas dalam dua perlawanan pertama, Malaysia bakal turun menentang Kuwait dalam aksi terakhir atau pelengkap jadual bagi saingan kumpulan D Piala Asia B-23 2024.

Perlawanan itu bakal disiarkan secara langsung pada esok dengan pra rancangan bermula jam 11.00 malam, disusuli sepak mula setengah jam kemudian di saluran Arena Bola 803HD.

Anda semua akan ditemani Keesh ‘Mat Stats’ sebagai hos manakala Zaquan Adha dan S. Subramaniam bakal membuat penampilan selaku tetamu khas.

Biarpun Malaysia telah sah gagal untuk mara ke pusingan kalah mati, namun skuad negara sudah pasti bakal tampil dengan misi untuk tidak pulang tangan kosong, tentunya tiga mata setidak-tidaknya mampu mengubat kekecewaan seluruh rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan pasukan lawan, Kuwait juga ketandusan kemenangan selepas dua perlawanan, namun sekurang-kurangnya penyokong mereka dapat bersorak pada perlawanan pertama apabila Al-Awadi berjaya menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti.

sumber:- SA

Ayuh semua rakyat Malaysia kita berikan sokongan kepada skuad bawah 23 tahun negara yang bakal berjuang demi negara pada esok.
Demi Malaysia!