sukan

Mangsa kedua JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menunjukkan taring mereka di bumi Sepanyol apabila melakar kemenangan kedua dalam siri jelajah pramusim selepas menewaskan kelab CF La Nucia 3-1, sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Olimpik Camilo Cano itu, Harimau Selatan terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal tuan rumah yang disumbangkan Cristian Martinez pada minit kelapan.

Anak buah Hector Bidoglio bagaimanapun berjaya bangkit bermula dengan jaringan penyamaan yang diledak Oscar Arribas pada minit ke-26.

Nicolao Dumitru kemudian meletakkan JDT di depan apabila meledak gol pada minit ke-37 sebelum Arribas melengkapkan kemenangan Harimau Selatan dengan mencetak gol ketiga pada minit ke-72.

sumber:- BH

Ia kemenangan kedua berturut-turut dilakar juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu dalam aksi pramusim di Sepanyol selepas menewaskan Real Murcia 3-0, semalam.