sukan

JDT ‘bedal’ Kelab Sepanyol

Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan siri jejalah pramusim di Sepanyol dengan langkah kanan apabila menewaskan Real Murcia 3-0, malam tadi.

Pada perlawanan di Stadium Nueva Condomina itu, Harimau Selatan hanya memerlukan tiga minit untuk berada di depan hasil jaringan Jalil Elias.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia musim lalu, Arif Aiman Hanapi kemudian mengukuhkan kedudukan buat JDT apabila meledak gol kedua pada minit ke-14.

Pemain import, Francisco Geraldes melengkapkan kemenangan juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu dengan menyumbang gol ketiga pada minit ke-72.

sumber:- BH

Perlawanan itu adalah aksi pemanas badan ketiga buat JDT selepas menentang kelab Singapura, Lion City Sailors dua kali pada awal bulan ini.