sukan

PSSI hantar protes kepada AFC

Akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, pasukan Indonesia sedang mengkaji untuk menghantar protes ke Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thorir, dalam kemas kini laman Instagramnya menegaskan bahawa badan induk itu akan mengutuskan surat bantahan kepada AFC kerana mempertikaikan keputusan pengadil yang berasal dari Tajikistan, Nasrullo Kabirov, ketika mengadili perlawanan menentang pasukan tuan rumah, Qatar.

“Terima kasih Garuda Muda sudah bertarung dengan seluruh tenaga dan hati kalian. Jangan pernah berkecil hati.”Sebagai federasi dan sesuai regulasi, kami akan melayangkan surat protes kepada AFC, untuk beberapa keputusan dalam pertandingan ini.

“Kami semua selalu mendukung kalian. Ini bukan akhir, fokus untuk memberikan yang terbaik di dua pertandingan fase grup berikutnya,” katanya.

sumber:- SA

Selepas ini, Indonesia akan bertemu Australia bagi perlawanan kedua kumpulan A Piala Asia B-23 pada Khamis ini.