sukan

JDT boleh bentuk satu skuad dengan pemain pinjaman

Senarai pemain yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh membentuk sebuah lagi pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Seramai 11 pemain telah dipinjamkan kepada seteru tempatan seperti Penang, Sri Pahang dan Terengganu.

Sang Penyu mengesahkan pinjaman khidmat tiga pemain dari Harimau Selatan, iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid, sambil Azam Azmi Murad kekal di Kuala Terengganu, di sebalik sudah memeterai kontrak bersama juara bertahan Liga Super itu.

Skrip serupa berlaku kepada adik-beradik Ryan dan Declan Lambert apabila dibeli oleh JDT dan kemudian kembali ke Kuala Lumpur City sebagai pemain pinjaman.

sumber:- SA

Pemain lain seperti Syamer Kutty Abba, Daniel Amier Norhisham, Syafiq Ahmad, Manual Hidalgo, Haziq Nadzli dan Daniel Ting, masing-masing akan berkelana ke pasukan seperti Penang, Kuching City, Kedah Darul Aman, Sri Pahang, Perak dan Sabah.