sukan

Gerard Pique ‘terkejut’ mesej terbaharu TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengundang respons mengejut bekas bintang Barcelona, Gerard Pique, berikutan hantaran gambaran terbarunya di Instagram.

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memuat naik gambar terbarunya di laman sosial dengan tertera logo Real Madrid yang merupakan seteru ketat kelab Catulunya.

Pique sememangnya terkenal atas kelantangan ‘membahan’ Real Madrid ketika menyarung jersi Barcelona sebelum menggantung but pada 2022.

Bekas pertahanan tengah Sepanyol itu mempunyai hubungan akrab dengan Tunku Ismail yang mencemar duli menziarahi kediamannya Pique.

Pique sempat meninggalkan mesej di hantaran berkenaan sebelum Tunku Ismail membalasnya, “Apabila anda menjadi presiden maka kita akan berbincang. Jumpa anda kemudian Gerard.”

sumber:- SA

Pique — yang memiliki empayar perniagaannya — pernah menyatakan kecenderungan adalah untuk mengisi kerusi presiden Barca satu hari kelak berbanding menggalas peranan sebagai pengurus sebagaimana bekas rakan sepasukannya, Xavi, yang sedang mengemudi kelab berkenaan.