sukan

Zii Jia ‘mengaum’ ke suku akhir

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengesahkan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas menyingkirkan jaguh Taiwan, Chou Tien Chen, sebentar tadi.

Zii Jia yang menghuni ranking ke-11 dunia merekodkan kemenangan kedua berturut-turut ke atas Tien Chen apabila menang 21-15, 21-17 pada aksi pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Ningbo, China.

Aksi terakhir kedua-dua pemain sebelum ini turut dimenangi Zii Jia ketika saingan Piala Sudirman, tahun lalu.Bekas juara itu seterusnya akan berdepan pemenang perlawanan antara juara Seluruh England dari Indonesia, Jonatan Christie dengan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.

sumber:- BH

Zii Jia pernah sekali muncul juara Asia pada edisi 2022 menerusi kemenangan ke atas Jonatan di pentas final.