sukan

Kehilangan import baharu Kedah akhirnya terjawab

Ketiadaan kelibat pemain import, Sukhrob Nurullaev pada sesi latihan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) semalam mencetuskan tanda tanya penyokong.

Namun, teka-teki mengenai ketiadaannya pemain import pertama hadir ke Kedah pada 9 Mac lalu itu terjawab apabila dimaklumkan dia pulang ke Uzbekistan bagi menziarahi isterinya yang melahirkan anak keduanya.

Pemain sayap yang menggantikan posisi kanan selepas ketiadaan Manuel Hidalgo itu sering menarik perhatian penyokong melalui gerakan licahnya pada setiap sesi latihan Sang Kenari.

Menurut sumber dalaman, Sukhrob bertolak pulang dua hari lalu ke Uzbekistan selepas isterinya melahirkan anak kedua dan dia juga akan menyambut Aidilfitri di kampungnya sebelum kembali semula ke Kedah.

sumber:- HM

Nurullaev menarik perhatian penyokong pada minggu lalu apabila melakukan dua bantuan jaringan ketika aksi ‘sparring’ Sang Kenari menewaskan skuad bawah 23 tahun Penang FC dengan keputusan 4-0.