Penyokong Kedah Darul Aman (KDA FC), terkilan dan kecewa selepas kelab Sang Kenari dikenakan hukuman pemotongan tiga mata serta denda RM50,000 pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 yang bakal bermula Mei depan.
Ini susulan kegagalan KDA FC membuat pembayaran penuh tunggakan gaji pemain dari skuad musim lalu selepas diberikan masa untuk menyelesaikannya sebelum 30 Mac lalu.
Pengerusi Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Hasmadi Hamzah berkata, perkara ini menjadi satu sejarah pahit buat bola sepak Kedah dan mengejutkan penyokong kerana perkara seperti ini belum pernah terjadi sebelum ini.
“Nampak penat pada tempoh memasuki musim baharu ini, sudahlah mata kena potong, kami pula didenda dalam tunggakan yang masih belum dijelaskan sepenuhnya. Macam-macam macam halangan untuk ditempuhi memasuki musim baru ini, lepas satu bab, ke satu bab.
“Belum ada dalam sejarah bola sepak Kedah, mata dipotong sebelum memulakan liga, dan kami turut bersama-sama pasukan dalam merasai setiap tekanan yang dihadapi pada musim ini.
“Oleh itu, kami mohon pihak atasan seperti kerajaan negeri atau orang atasan termasuk usahawan negeri agar tampil membantu jika kesulitan ini tidak dapat ditangani oleh pihak KDA FC sendiri pada musim ini,” katanya.
Kenyataan diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kelmarin menyebabkan Kedah bakal memulakan saingan dengan kiraan negatif tiga mata pada carta saingan Liga Super.
Lebih parah Kedah juga berisiko tidak diberi Lesen Kebangsaan sekiranya Sang Kenari gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada 20 April depan.
sumber:- BH
Dalam pada Nor Hasmadi juga masih berharap pemilik KDA FC Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi itu bagi mengelak skuad kesayangan mereka ‘hilang’ dari radar Liga M musim ini.
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More