sukan

Terengganu dan KL City sah terpilih wakili Malaysia

Terengganu dan Kuala Lumpur City dipilih sebagai wakil negara bagi menghadapi saingan Kejohanan Kelab ASEAN, Shopee Cup, tahun ini.

Dua pasukan itu, masing-masing terpilih berdasarkan reputasi selaku naib juara Piala Malaysia dan Piala FA musim lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley bernard, menyambut baik jemputan berkenaan dan menganggapnya sebagai salah satu medium untuk menjana pendapatan.

Umum mengetahui situasi kewangan skuad Warga Kota itu musim ini, di mana setiap kejohanan pasti memerlukan perbelanjaan besar tetapi Stanley memiliki pandangan berbeza.

“Saya rasa AFF (Persekutuan Bolasepak ASEAN) sudah mengetahui perkara ini dan mereka sedang berbincang dengan pemegang taruh lain seperti AFC (Konfederasi Bolasepak Asia), FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

“Tetapi sebagai sebuah kelab sudah pasti kami amat teruja kerana kejohanan ini ada insentif dan pemain kami mahu bermain di peringkat Asia.

“Saya secara peribadi amat teruja tetapi ia lebih kepada pasukan ini. Pemain senior, terutamanya tidak sabar untuk beraksi dalam kejohanan ini.

“Kami sudah menerima surat daripada AFF dan sudah membalasnya,” katanya.Dalam pada itu, Pengarah Sukan Terengganu FC, Zul Fadli Rozi, menganggp pemilihan Terengganu ke Shoppe Cup sebagai satu penghormatan terbaik buat kelab itu.

sumber:- SA

“Kami telah menerima e-mel secara rasmi pada 24 Mac lalu dan kami telah membalasnya dengan bersetuju untuk menyertai kejohanan ini pada 25 Mac lalu,” katanya.