sukan

Komen bekas tonggak Kedah nasib melanda KDA FC

Bekas pertahanan Kedah Darul Aman, Rodney Celvin Akwensivie, mengakui berasa simpati dengan keadaan semasa bekas majikannya itu.

Liga belum pun bermula tetapi Lang Merah sudah pun dikenakan pemotongan tiga mata rentetan kegagalan mereka menyelesaikan hutang gaji pemain dan pegawai sepanjang musim lalu pada tarikh yang ditetapkan badan bebas, First Instance Body (FIB), pada 30 April lalu.

Bahkan, jika gagal menyelesaikannya pada tarikh lanjutan 20 April ini, Kedah berkemungkinan akan diturunkan ke saingan Liga M3.

Rodney Celvin, yang akan memperkuatkan Kuching City bagi saingan musim ini, turut mengakui punca dia meninggalkan pasukan itu adalah disebabkan isu kelewatan pembayaran gaji.

“Saya agak susah untuk komen tetapi agak rugi untuk Kedah terkeluar daripada saingan Liga (Super) Malaysia ini,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

“Kerana kita tahu Kedah pasukan yang hebat dan memiliki pemain yang berkualiti.”Jadi, ia merupakan satu kerugian jika perkara itu benar-benar berlaku.

sumber:- SA

“Saya juga agak terasa apabila tiada gaji kerana kami sebagai pemain, ada komitmen untuk diselesaikan dan untuk memberi kepada keluarga.”Jadi sebagai jalan terbaik, saya memilih untuk menamatkan kontrak lebih awal,” katanya.