sukan

Teruja lihat pemain buka puasa

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Newcastle dan Everton di St James’ Park dihentikan 20 minit bagi membolehkan pemain Muslim berbuka puasa sempena Ramadan semalam.

Beberapa pemain Everton termasuk Amadou Onana, Idrissa Gueye dan Abdoulaye Doucoure berada di tepi padang sambil meneguk air dan makan sebentar.

Tindakan mereka pantas menarik perhatian penonton yang memuji kelab dan Liga Perdana Inggeris di media sosial di atas keprihatinan serta bertoleransi dalam hal keagamaan.

Wartawan Leon Mann dan anaknya sangat tertarik dan menulis: “Melihat pemain Muslim berbuka puasa ketika Newcastle menentang Everton bersama anak perempuan saya. Mereka tertarik dan teruja. Anak sulung saya: Ia sangat bagus! Tahniah kepada Liga Perdana!.

Seorang lagi turut bersetuju dengan berkata: “Kagum saya dengan @NUFC dan @Everton yang benarkan pemain Muslim luang sedikit masa untuk berbuka puasa.” Manakala yang lain menganggap ia sangat dialu-alukan dan sangat menarik untuk disaksikan.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan terpaksa akur berkongsi mata selepas terikat 1-1 dengan Alexander Isak meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-15 sebelum Dominic Calvert-Lewin menyamakan kedudukan buat Everton menerusi sepakan penalti dua minit sebelum tamat perlawanan.

sumber:- BH

Bagaimanapun, ia bukan kali pertama aksi EPL berehat sebentar untuk pemain berbuka puasa tahun ini apabila aksi Aston Villa dan Wolves pada Ahad lalu dihentikan seketika bagi membolehkan Moussa Diaby dan Rayan Ait-Nouri berbuka puasa. – AGENSI

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago