sukan

Datuk Hamidin ‘mengamuk’

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menyifatkan khabar angin dan tohmahan melalui surat layang yang dilontarkan Ultras FAM semalam sebagai percubaan untuk menggugat organisasi itu.

“Ada pihak yang cuba mengeruhkan suasana setelah kalah dua kali dengan Oman dan mengatakan Kim Pan-gon pada dua hari lepas telah meletakkan jawatannya.

“Saya telah menelefon Kim Pan-gon dan dia telah menafikannya.”Kalau tuan-tuan ada fikiran, tuan-tuan boleh tengok, orang ini ada niat baik ke tidak baik. Kalau macam ini susahlah kita nak pergi Piala Dunia,” katanya dalam sidang media selepas Kongres Tahunan FAM Kali Ke-60 di Subang Jaya, hari ini.

Tambahnya: “Tentang Pau Marti (Vicente), dia sakit dan selepas pulang dari Oman. Dia telah dimasukkan ke hospital selama enam hari. Jadi ketiadaannya pun menjadi isu.”

Badan induk bola sepak negara itu juga turut digoncangkan dengan surat layang yang antaranya mengaitkan salah guna kuasa oleh bahagian kepimpinan.

sumber:- SA

“Tentang surat layang yang keluar pada tengah hari semalam. Saya sendiri rumuskan (bahawa) kepada setiausaha agung ada (15 pertuduhan) presiden ada empat (pertuduhan), (Timbalan Presiden FAM) Datuk Yusof (Mahadi) satu (pertuduhan), (Timbalan Presiden FAM) S. Sivasundaram satu (pertuduhan) dan lapan (pertuduhan) rambang,” katanya.