sukan

Ada yang tidak kena — Pekan

“BIASANYA kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kecualilah kalau ada monyet atau burung kenyalang berada di atas pokok yang kita tak nampak.”

Itu reaksi penganalisis sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berhubung kemelut yang melanda skuad Harimau Malaya selepas tular dakwaan pengendali, Kim Pan-gon dan barisan kejurulatihan bersedia untuk meninggalkan pasukan sekiranya khidmat mereka tidak lagi diperlukan.

Namun pengendali kelahiran Korea Selatan itu tampil menafikan telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meninggalkan Harimau Malaya selepas tewas dua kali kepada Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 baru-baru ini.

“Walaupun Pan-gon nafikan dia mahu tinggalkan Harimau Malaya, kita percaya waktunya sudah hampir tiba, terutama prestasi merudum Harimau Malaya tewas dua kali berturut-turut kepada Oman di Muscat dan Bukit Jalil baru-baru ini.

“Peluang kita untuk layak secara merit ke Piala Asia 2027 dan Piala Dunia 2026 bakal berkubur, walhal kita sudah menang dua ‘game’ awal menewaskan Kyrgyzstan dan Taiwan.

“Persoalannya sekarang macam ada yang tidak kena kepada pengurusan skuad Harimau Malaya sekarang. Saya lebih melihat kepada isu persiapan caca merba persiapan skuad kebangsaan sekarang. Bukan sahaja menghadapi Piala Asia di Qatar tetapi berlaku lagi sebelum menentang Oman,” katanya.

Pada masa sama Pekan percaya Pan-gon juga memendam perasaan selepas berakhirnya kempen Harimau Malaya dalam Piala Asia Qatar 2023 di Doha pada Februari lalu.

“Saya rasa banyak rahsia dipendam Pan-gon dari soal pemilihan pemain begitu juga ‘lineup’ yang beliau nak turunkan. Beliau rasanya banyak memendam perasaan sekarang. Maka sebab itu timbul plot cerita Pan-gon nak tinggalkan Harimau Malaya ini.

“Secara peribadi saya lebih suka Pan-gon tamatkan tugasnya untuk dua ‘match’ lagi menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun nanti.

“Apa pun keputusannya nanti sama ada Harimau Malaya layak atau tidak di Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 biarlah Pan-gon dan FAM duduk berbincang.

kebangsaan dan juga pengurusan FAM sekarang. Saya bimbang jika hubungan Pan-gon dan FAM terputus lebih awal ia akan menambah banyak lagi cerita di sebalik tadbir yang mungkin terbongkar nanti,” katanya.

Mengulas dakwaan kemelut dalaman badan induk bola sepak negara berkaitan isu pentadbiran yang tular pada Ahad, Pekan berharap pengadu tampil membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Budaya surat layang ni tidak baik dalam mana-mana organisasi. Ada yang anggap ini tindakan orang pengecut. Namun dalam sesetengah kes surat layang ini boleh menjadi pembuka jalan kepada proses mencari kebenaran.

“Jadi saya lihat perkara ini serius dan boleh memporakperandakan kemajuan bola sepak negara. Ini boleh jadi skandal besar bola sepak Malaysia. Saya syorkan pengadu eloklah tampil berani membuat laporan polis atau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Pesuruhjaya Sukan.

“Tetapi suka saya ingatkan, kes ini perlu ditangani dengan berhati-hati, jika tidak nanti kemungkinan banyak lagi perkara-perkara besar timbul hingga boleh menyebabkan urusan FAM boleh terjejas dan Liga Malaysia boleh terganggu begitu juga dengan pasukan Harimau Malaya,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden FAM Datuk Seri Rosmadi Ismail mempertahan kepimpinan dan pengurusan badan induk tersebut yang terpalit dengan pelbagai dakwaan serius menerusi satu ‘surat layang’ pada Ahad.

sumber:- SH

Malah, jelas Rosmadi, yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, beliau sudah membaca keseluruhan dakwaan yang dikirim melalui e-mel kepada pihak berkepentingan termasuk media itu dan mendapati ia tidak benar sama sekali.