sukan

Pan Gon akhirnya buka mulut isu surat kepada FAM

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon menegaskan beliau akan terus komited untuk membimbing skuad Harimau Malaya sehingga kontraknya berakhir pada hujung 2025 nanti.

Pan Gon menerusi satu kenyataan turut menjelaskan beliau tidak menghantar apa-apa surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menyatakan mahu meninggalkan skuad Harimau Malaya.

“Saya memberi jaminan kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa misi saya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir dan saya tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja.

“Misi utama saya untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027,” kata Pan Gon.

Terdahulu, beberapa media melaporkan kem skuad Harimau Malaya bakal menerima satu lagi tamparan selepas tumbang dua kali berturut-turut menentang Oman yang menyaksikan Malaysia terjerumus ke tangga ketiga Kumpulan D.

Ini susulan perkhabaran di mana barisan kejurulatihan yang diterajui Pan Gon dikatakan bersedia untuk meninggalkan skuad kebangsaan sekiranya khidmat mereka tidak lagi diperlukan FAM.

sumber:- BH

Menurut sumber, barisan kejurulatihan Pan Gon sudah menghantar surat kepada badan induk itu dan menuntut pampasan hanya tiga bulan sekiranya FAM membuat keputusan untuk menamatkan khidmat mereka.