sukan

Luqman Hakim sempat jadi penonton

Penyerang B-23 negara, Luqman Hakim Shamsudin, sempat menyaksikan perlawanan persahabatan di antara Malaysia B-23 dengan India yang merakamkan kemenangan tipis 2-1, Isnin lalu.

Bagaimanapun, Luqman Hakim yang baru sahaja tiba dari Jepun ketika itu tidak beraksi, sebaliknya sekadar menjadi pemerhati sebelum diberi rehat oleh Juan Torres Garrido selama dua hari.

“Prestasi pasukan semuanya OK.”Saya yakin dengan pasukan sekarang ini, pemain sudah matang dan tahu apa yang perlu dilakukan.
“Mereka sudah mencapai peringkat dewasa untuk bermain bola,” katanya di Wisma FAM, malam tadi.

Luqman Hakim hanya melewati sesi latihan hari kedua semalam sambil mengakui bukan mudah untuk dia merebut tiket automatik kesebelasan utama berdasarkan kepada kualiti rakan sepasukannya.

sumber:- SA

“Bukan mudah, semua pemain memberikan komitmen”Tapi sebagai pemain, saya akan merebut tempat,” katanya.