sukan

Kim Pan Gon sudah hantar surat sedia tinggalkan Malaysia

Selepas tumbang dua kali berturut-turut menentang Oman yang menyaksikan Malaysia terjerumus ke tangga ketiga Kumpulan D, kem skuad Harimau Malaya bakal menerima satu lagi tamparan yang mampu menggegarkan kem skuad kebangsaan.

Ini susulan perkhabaran bahawa barisan kejurulatihan diterajui Kim Pan Gon dikatakan bersedia untuk meninggalkan skuad kebangsaan sekiranya khidmat mereka tidak lagi diperlukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut sumber, barisan kejurulatihan Pan Gon sudah menghantar surat kepada badan induk itu dan menuntut pampasan hanya tiga bulan sekiranya FAM membuat keputusan untuk menamatkan khidmat mereka.

“Saya difahamkan barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya termasuk Pan Gon sudah menghantar surat itu sekali gus bersedia untuk meninggalkan pasukan kebangsaan jika khidmat mereka tidak diperlukan.

“Jika mengikut perkiraan, kontrak mereka sepatutnya berakhir pada tahun depan namun mereka sudah bersedia meninggalkan pasukan dengan hanya meminta tiga bulan gaji saja,” katanya ketika ditemui BH Sukan, semalam.

Sebagai rekod, rentak cemerlang skuad negara dalam dua perlawanan pertama gagal diteruskan apabila mereka tumbang 0-2 dalam dua perlawanan menentang Oman di Muscat dan juga di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.

Dua kekalahan berturut-turut di tangan skuad bimbingan Jaroslav Silhavy itu menyaksikan skuad negara melepaskan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan D dan ketinggalan tiga mata di belakang Oman dan juga Kyrgyzstan.

Perkembangan ini meletakkan Malaysia dalam laluan yang sukar untuk mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 buat kali pertama yang turut memberi slot automatik ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Justeru, baki dua lagi perlawanan yang akan berlangsung pada Jun ini berdepan Kyrgyzstan di tempat lawan dan Chinese Taipei di laman sendiri menjadi aksi penentuan bagi memastikan impian mereka ke pusingan seterusnya tidak berkecai.

sumber:- BH

Sebagai rekod, antara pencapaian Pan Gon adalah berjaya melonjakkan skuad kebangsaan sehingga menghuni ranking ke-130 dunia selain berjaya membawa Malaysia mara ke Piala Asia 2023 secara merit serta naib juara Pestabola Merdeka 2023.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago