Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara masih perlu memperbaiki dua aspek yang ketika ini masih menjadi kelemahan buat mereka ketika saingan Piala Asia B-23 di Qatar hanya berbaki kurang sebulan lagi.
Pengurus pasukan, Datuk Seri Shahril Mokhtar melihat aspek ‘match fitness’ dan taktikal perlu diperkemas namun dia optimis kelemahan itu dapat diperbaiki dalam tempoh dua ke tiga minggu ini sebelum turun berentap bagi Piala Asia B-23.
Jelasnya, persembahan skuad negara masih belum berada pada tahap memuaskan selepas mengharungi dua aksi persahabatan menentang skuad B-23 yang berakhir dengan kemenangan 2-1 dan terikat 1-1.
“Kerisauan utama sudah tentulah mengenai ‘match fitness’ tetapi saya percaya kita ada masa lagi sebelum ke Doha dan kita boleh perbaiki apa yang patut.
“Perkara ini memang sentiasa diperkatakan sejak beberapa minggu lepas tetapi barisan kejurulatihan akan mencari jalan terbaik membabitkan isu tahap kecergasan pemain kita.
“Harapan saya tinggi kerana saya tahu pemain boleh bermain sampai tahap mana dan mungkin akan datang (di Piala Asia B-23) mereka akan sampai ke kemuncak (prestasi),” katanya.
Sebagai rekod, skuad bimbingan Juan Torres Garrido akan berlepas ke Qatar pada 1 April ini dan akan mengharungi dua lagi persahabatan berdepan China (3 April) dan tuan rumah, Qatar pada 7 April.
sumber:- BH
Bagi saingan edisi kali ini, skuad B-23 diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan juga Vietnam.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More