sukan

Liverpool tetap tempang

Liverpool menerima semula kehadiran beberapa pemain yang mengalami kecederaan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi skuad Jurgen Klopp belum dapat mengumpulkan kesebelasan terkuat mereka.

Walaupun ketiadaan beberapa nama besar dalam banyak perlawanan musim ini, Reds masih mampu memberikan cabaran terbaik apabila menduduki tangga kedua EPL dengan berbaki 10 perlawanan.

Aksi seterus mereka ialah menentang Brighton pada Ahad ini, yang pertama daripada tiga perlawanan dalam tempoh seminggu buat juara 2019-20 itu.

Ia juga antara 10 aksi berbaki untuk pengurus Klopp yang akan meninggalkan Anfield hujung musim ini. Dia menerima semula beberapa pemainnya yang kembali daripada tugas antarabangsa tetapi mereka masih ketiadaan beberapa tonggak.

Penjaga gol Alisson masih lagi dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan hamstring menyebabkan dia tersisih empat aksi terakhir Liverpool dan kedua-dua perlawanan persahabatan Brazil.

Kelibatnya tidak kelihatan ketika sesi latihan kelmarin seka li gus bermakna Caoimhin Kelleher akan terus menggalas tugas.
Pemain antarabangsa Uruguay Darwin Nunez beraksi 120 minit ketika menentang Manchester United sebelum rehat antrabangsa. Dia mengalami sedikit kecederaan dan berehat daripada aksi antarabangsa dan tampil dalam sesi latihan semalam bersama bintang Mesir Mohamed Salah yang turut tidak menyertai perlawanan persahabatan negaranya.

Bekas bintang Benfica itu menjaringkan tiga gol dan mencipta empat bantuan jaringan dalam empat aksi terakhir. Kehadiran Nunez bermakna Klopp mempunyai banyak pilihan di bahagian serangan walaupun ketiadaan Diogo Jota yang belum pulih daripada kecederaan.

sumber:- HM

Namun Liverpool masih ketiadaan Kostas Tsimikas, Trent Alexander-Arnold, Ibrahima Konate, Joel Matip dan Ben Doak yang belum daripada kecederaan dan Klopp memberi peluang kepada beberapa pemain muda Lewis Koumas serta Jayden Danns tampil beraksi sejak beberapa minggu lalu.