sukan

Leong Jun Hao mara ke suku akhir selepas kejutkan pilihan keenam

PEMAIN perseorangan lelaki, Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi dalam perlawanan pusingan ketiga pada Khamis.

Pusat Sukan Perbandaran Gallur, Madrid menjadi saksi ketenangan Jun Hao yang berstatus nombor ke-37 dunia menyingkirkan cabaran Chun Yi dalam masa 36 minit.

Kemenangan itu membolehkan Jun Hao berdepan seorang lagi pemain Taiwan, Chou Tien Chen di suku akhir.

Jun Hao mara ke pusingan kedua selepas mengatasi pemain Sepanyol, Pablo Abian (65 dunia), 21-16, 21-18 dalam masa 38 minit.

Satu lagi wakil negara, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King juga mengesahkan kemaraan selepas bangkit menewaskan wakil Taiwan, Lu Chen-Pop Li Wei dalam aksi 63 minit.

Wan Arif-Roy King tewas set pertama 18-21 bangkit dua set berikutnya untuk menang 21-15, 24-22 bagi berdepan cabaran pilihan kelapan dari India, Arjun Madathil Ramachandran-Dhruv Kapila pada Jumaat.

Wan Arif-Roy King sebelum ini bermula cemerlang selepas menewaskan beregu Taiwan, Lu Ming-che-Tang Kai-wei 21-18, 21-9 dalam masa 29 minit pada pusingan pertama.

sumber:_ SH

Bagaimanapun, cabaran beregu campuran Roy King bersama Valeree Siow berakhir pada pusingan pertama selepas tewas dua set terakhir 19-21, 18-21 kepada wakil Indonesia Rehan Naufal-Lisa Ayu setelah menang 21-17 dalam aksi 56 minit.