sukan

Padang Stadium Nasional ‘makan tuan’

Malaysia ketinggalan 0-1 kepada Oman selepas tamat babak pertama aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Harimau Malaya memperoleh peluang terbaik pada awal permainan menerusi pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP), Arif Aiman Hanapi namun percubaannya diselamatkan penjaga gol Oman, Ibrahim Al Mukhaini.

Malang buat pemain pertahanan kanan negara, Azam Azmi Murad apabila mengalami kecederaan selepas tergelincir gara-gara permukaan padang kurang baik yang memaksa dia digantikan dengan Daniel Ting pada minit ke-26.

Oman turut mendapat beberapa peluang terbaik untuk mendapatkan jaringan, namun dinafikan dengan kecemerlangan penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Ahmad Syihan yang merangkul gelaran Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23), semalam menyelamatkan sekurang-kurangnya empat percubaan tepat pasukan Oman.

sumber:- BH

Ahmad Syihan bagaimanapun akhirnya tertewas dengan jaringan penalti Omer Al Malki pada masa kecederaan selepas dia menjatuhkan Muhsen Saleh Al Ghassani.