sukan

Kelayakan Piala Dunia: sah layak ke pusingan ketiga

Craig Goodwin menjaringkan dua gol selepas kembali pulih daripada masalah kesihatan untuk membantu Australia mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia dengan membelasah Lubnan 5-0 di Stadium Canberra hari ini.

Goodwin yang tidak beraksi ketika mengatasi Lubnan 2-0 minggu lalu akibat serangan virus meledak rembatan jarak jauh sejurus selepas rehat dan menjaringkan gol terakhir minit ke-81 untuk menggembirakan penyokong tuan rumah.

Goodwin, 32, selaku penyerang turut mencipta bantuan jaringan kepada bekas rakan sepasukan di Adelaide Kusini Yeng untuk gol antarabangsa pertamanya dan menjadi punca jaringan sendiri pemain Lubnan sebelum rehat.

“Mungkin saya perlu kerap sakit,” gurau pemain yang berpangkalan di Arab Saudi itu. “Ia benar-benar menjadi. Saya mempunyai cukup rehat.”

sumber:- HM

Dengan empat kemenangan, skuad Graham Arnold tak tergugat selaku pendahulu Kumpulan I yang mengandungi Palestin dan Bangladesh.