sukan

Kedah tidak tolak guna tujuh

Beberapa pemain import baru akan tiba tidak lama lagi bagi melengkapkan pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2024-2025.

Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain, mengesahkan perkara tersebut selepas kelab itu mengumumkan dua pemain import bar iaitu Sukhrob Nurulloev dari Uzbekistan dan bekas pemain Terengganu FC, Sony Norde.

“Berkenaan baki pemain-pemain import pasukan, selepas ini akan ada lagi pemain-pemain lain selain Nurullaev dan Sony Norde yang telah diumumkan.

“Beberapa pemain import di posisi lain akan datang dalam masa terdekat seperti di bahagian pertahanan dan serangan.
“Mengenai jumlah keseluruhan import pada musim ini pula, kami belum mengumumkan jumlah keseluruhannya dan kita lihatlah nanti keadaannya kerana jika saya kata lima, mungkin boleh jadi enam atau tujuh pemain,” katanya mengenai jumlah pemain import yang akan memperkuatkan Sang Kenari pada musim ini.

Jelasnya, persiapan pasukan pada 2024-2025 akan bergantung kepada kewangan semasa pasukan dan mengakui jumlah tersebut adalah lebih kecil berbanding persiapan pada musim lalu.

sumber:- SA

“Kami berbelanja mengikut kemampuan kelab dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.”Namun, di sebalik semua perancangan yang sedang dan akan dilakukan, KDA FC tetap mahu membentuk pasukan yang dapat memberi saingan yang pada tahap yang terbaik pada musim ini,” ujarnya lagi. — Sinar Harian