sukan

Jurulatih tampar pemain

Jurulatih skuad bawah 20 tahun Algeria, Yacine Manaa menampar sekurang-kurangnya seorang anak buahnya di atas padang ketika aksi persahabatan menentang Tunisia.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, Manaa dilihat menampar salah seorang pemainnya dan cuba menampar seorang lagi.

Media tempatan melaporkan yang Manaa cuba melerai dan menenangkan pemain-pemainnya susulan pergaduhan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Algeria dua kali mensia-siakan kelebihan sebelum tewas 3-2 kepada Tunisia dalam kejohanan yang turut menampilkan Mesir dan Mauritania.

sumber:- BH

Persekutuan Bolasepak Algeria belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu. – REUTERS